RADIO LAGENDA

RETRO & TERKINI

Mengenai Kami

Radio Lagenda telah memulakan siarannya pada Ogos 2012 dan siaran radio online ini dimiliki penuh oleh seorang individu yang sangat meminati lagu-lagu lama. Malah adakalanya individu ini juga layan lagu-lagu terkini.

Siaran radio ini langsung tidak membuat sebarang keuntungan dan hanya bertujuan untuk menghiburkan diri individu tersebut sahaja yang mendengar ketika memandu ke tempat kerja atau mendengar semasa dalam perjalanan untuk bercuti. Tercetusnya idea membuat radio ini disebabkan oleh individu ini sudah bosan layan radio frekuensi yang sangat padat dengan iklan berbanding siaran lagu. Dengan itu, Radio Lagenda memang tidak menerima dan tidak akan menerima sebarang iklan untuk disiarkan di sini. Hanya siaran lagu tanpa henti.

Nama Radio Lagenda pula diilhamkan dari nama radio online Komuniti MyWarung yang pernah disertai oleh individu ini suatu ketika dahulu iaitu Warung Lagenda yang telah pun menamatkan siarannya pada September 2010. Siaran lagu-lagu dalam Radio Lagenda ini adalah 100% selera dari individu ini yang memberi ruang hanya kepada 20 orang pendengar pada satu-satu masa. Pada 27 Oktober 2016, telah dinaikkan kepada 40.

Radio Lagenda bersiaran sepenuhnya tanpa DJ dan mengikut Jadual Siaran yang telah disusun mengikut genre lagu. Radio Lagenda sangat mementingkan kualiti audio setiap lagu yang disiarkan dan juga 'explicity'. Setiap lagu akan ditapis tahap kecarutannya dan juga kualiti audionya. Dengan bangganya dimaklumkan bahawa pendengar boleh menikmati lagu-lagu di Radio Lagenda dengan kualiti CD dan pastinya 'selamat' dari 'explicity' berbanding radio online yang lain. Walaupun data yang disiarkan hanyalah 24kbps (pada masa itu), namun kualiti audio di radio ini tetap menakjubkan jika didengar bersama set audio yang berkualiti tinggi. Ini kerana, faktor kualiti audio ini sentiasa menjadi keutamaan kepada pemilik radio ini.

Radio Lagenda telah ada peminat tersendiri yang berumur di antara 13 hingga 50 tahun. Seleksi Rock Jiwang (Edisi Siang & Malam) yang disiarkan pada masa itu, telah menjadi seleksi yang paling popular di radio ini dan ianya memang sentiasa dinantikan siarannya oleh pendengar setia radio ini yang berada di Malaysia dan juga di luar negara.

Selain itu, Radio Lagenda juga telah menerima beberapa permintaan dari penyanyi baru supaya menyiarkan lagu mereka di radio ini. Radio Lagenda juga tidak ketinggalan dengan media sosial. Dengan bantuan beberapa penyokong radio ini, laman web (www.radiolagenda.net) dan twitter (@radiolagenda) telah siap dibangunkan.

Untuk itu, bermula 22 Jun 2018, Radio Lagenda dijenamakan semula dengan nama RL yang seterusnya membuka stesen-stesen radio online yang berkonsep secara berperingkat.

Senarai stesen radio dari RL.

1. RL Rock Jiwang, Terbaik Rock Balada 80an, 90an dan terkini.
(Bermula 22 Jun 2018)

2. RL Pesona, Terbaik Hits Melayu 2000 hingga terkini.
(Bermula 28 Jun 2018)

3. RL Retro, Terbaik Retro dan Klasik Melayu 50an, 60an, 70an, 80an & 90an.
(Bermula 19 Oktober 2018)

Seleksi


RL Rock Jiwang

Terbaik Rock Balada 80an, 90an dan terkini.



Dengar di media player (VLC/dll..)

Dengar melalui TuneIn Radio

RL Pesona

Terbaik Hits Melayu 2000 hingga terkini.



Dengar di media player (VLC/dll..)

Dengar melalui TuneIn Radio

RL Rock Jiwang

Terbaik Retro dan Klasik Melayu 50an, 60an, 70an, 80an & 90an.



Dengar di media player (VLC/dll..)

Dengar melalui TuneIn Radio

Sedang Dimainkan

Hubungi Kami